![]() Ketua Setiausaha Persatuan Pengkajian Tembok Besar China Encik Dong Yaohui berkata: "Dalam catatan sejarah, Tembok Besar pada Zaman Dinasti Ming sepanjang 6350 kilometer". Projek utama Tembok Besar ialah tembok yang tinggi dan panjang, ia dibina di puncak yang gunung tinggi atau dataran yang bentuk buminya berbahaya, agar dapat mengadakan pertahanan yang baik. Di atas Tembok Besar, terdapat seratus buah tembok gerbang serta puluhan ribu buah stesen ![]() ![]() Dalam masa 10 tahun yang lalu, China melaksanakan projek perlindungan Tembok Besar, membaik pulih sebahagian runtuhan Tembok Besar. Ketua Setiausaha Persatuan Pengkajian Tembok Besar China Encik Dong Yaohui menjelaskan: "Sebagai ratifak yang istimewa, Tembok Bersar tidak boleh disimpan sama seperti bangunan purba yang lain, Oleh itu, kerja perlindungan Tembok Besar perlu kerjasama semua orang dan meningkatkan kesedaran di kalangan semua rakyat untuk melindunginya |
Tembok Besar China (Great Wall of China)
Tembok Besar China (Great Wall of China) diumumkan sebagai salah satu dari tujuh keajaiban dunia baru. Enam keajaiban dunia lainnya yaitu Taj Mahal di India, Petra di Yordania, Patung Crist Redeemer di Brazil, Machu Picchu di Peru, Pyramida Chichen Itza di Brazil, dan Colosseum di Italia.
Penetapan status tujuh keajaiban baru dunia itu merupakan pilihan dari 100 juta orang di seluruh dunia lewat situs internet dan pesan singkat (SMS) telepon selular, yang diadakan oleh Swiss Foundation, suatu yayasan swasta nirlaba.
Pengumuman tujuh keajaiban dunia itu dibacakan aktor Inggris, Ben Kingsley, dan aktris AS Hillary Swank, sebagai pembawa acara dalam acara penetapan itu di Stadium of Light, Lisabon, Portugal, Minggu (8/7).
Sejarah Pembuatannya
Tembok Besar China atau Tembok Raksasa China, juga dikenal di China (Tiongkok) dengan nama Tembok Raksasa Sepanjang 10.000 Li, merupakan bangunan terpanjang yang pernah dibuat oleh manusia, terletak di Republik Rakyat Tiongkok.
Panjangnya adalah 6.350 kilometer dan tingginya 8 meter. Lebar bagian atasnya 5 m, sedangkan lebar bagian bawahnya 8 m. Setiap 180-270 m dibuat semacam menara pengintai. Tinggi menara pengintai tersebut 11-12 m.
Untuk membuat tembok raks asa ini, diperlukan waktu ratusan tahun di zaman berbagai kaisar. Konon, ribuan orang tewas dalam proses pembuatannya.
Semula, diperkirakan Qin Shi-huang yang memulai pembangunan tembok itu, namun menurut penelitian dan catatan literatur sejarah, tembok itu telah dibuat sebelum Dinasti Qin berdiri, tepatnya dibangun pertama kali pada Zaman Negara-negara Berperang.
Kaisar Qin Shi-huang meneruskan pembangunan dan pengokohan tembok yang telah dibangun sebelumnya.
Sepeninggal Qin Shi-huang, pembuatan tembok ini sempat terhenti dan baru dilanjutkan kembali di zaman Dinasti Sui, terakhir dilanjutkan lagi di zaman Dinasti Ming.
Bentuk Tembok Raksasa yang sekarang kita lihat adalah hasil pembangunan dari zaman Ming. Bagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan bata dan batu-batuan. Bagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Tiongkok.
Tembok besar China dianggap sebagai salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia.
Lambang Bangsa China
China merupakan sebuah negara yang mempunyai sejarah lama, kebudayaan yang cemerlang, dan kaya dengan obyek-obyek wisata.
Sedikitnya 29 warisan alam dan warisan budaya dunia ada di China. Itu menunjukkan kecerdikan dan kerajinan rakyat China. Jumlah warisan dunia yang ada di China itu menempati urutan ke-3 di dunia.
Tembok Besar atau Great Wall China dianggap sebagai salah satu antara "7 keajaiban dunia". Tembok Besar China merupakan projek pertahanan militer zaman purba yang masa pembuatannya paling panjang dan proyeknya paling besar di dunia.
Tembok Besar China konon dibuat pertama kali pada abad ke-9 sebelum Masehi. Demi menghalangi penyerangan suku kaum di bahagian utara, pemerintah di tengah China pada waktu itu telah membuat tembok yang menyambungkan kubu-kubu pertahanan di kawasan sempadan, itulah Tembok Besar yang paling awal.
Tembok Besar China yang termasyhur itu mengandung semangat dan perasaan bangsa China dan kini telah menjadi lambang bangsa China.
Tembok Besar |
![]() |
中国国际广播电台 China merupakan sebuah negara yang mempunyai sejarah lama, kebudayaan cemerlang dan kaya dengan sumber pelancongan. 29 Warisan Alam dan Warisan Budaya Dunia yang wujud di China memperlihatkan kecerdikan dan kerajinan rakyat China. Jumlah Warisan Dunia yang wujud di China itu menempati kedudukan ke-3 di dunia. Tembok Besar atau Great Wall China digelar sebagai salah satu antara "7 keajaiban dunia". Tembok Besar China merupakan projek pertahanan ketenteraan zaman purba yang masa pembinaannya paling panjang dan projeknya paling besar di dunia. Tembok Besar China sepanjang lebih 7 ribu kilometer. ![]() Tembok Besar China mula dibina pada abad ke-9 sebelum Masihi. Demi menghalang pencerobohan suku kaum di bahagian utara, pemerintah di tengah China pada waktu itu telah membina tembok yang menyambungkan kubu-kubu pertahanan di kawasan sempadan, itulah Tembok Besar yang paling awal. Sehingga Zaman Negeri-negeri Berperang, perang berlaku terus-menerus antara bangsawan dan raja pelbagai negeri. Demi menghalang serangan negeri lain, pelbagai negeri masing-masing telah membina Tembok Besar di kawasan pergunungan. Pada tahun 221 sebelum Masihi, Maharaja Qinshihuang Dinasti Qin telah menyatukan China. Baginda menyambungkan Tembok Besar yang dibina oleh pelbagai negeri sepanjang lebih 5 ribu kilometer bagi memghalang serangan askar suku kaum normad di padang rumput Mongolia di sebelah utara. Selepas Dinasti Qin, Dinasti Han telah memanjangkan Tembok Besar itu sehingga lebih 10 ribu kilometer. Dalam masa selama lebih 2 ribu tahun yang lalu, penguasa pelbagai dinasti China masing-masing telah membina Tembok Besar, panjang keseluruhannya mencatat 50 ribu kilometer, lebih panjang daripada satu lingkaran bumi. Projek Tembok Besar sungguh menakjubkan. Tembok Besar yang disebut umum itu adalah Tembok Besar yang dibina pada zaman Dinasti Ming iaitu dari tahun 1368 hingga tahun 1644. Hujung baratnya sehingga di genting Jiayuguan di Provinsi Gansu di barat laut China dan hujung timurnya di pinggir Sungai Yalujiang di Provinsi Liaoning di timur laut China, panjangnya mencatat 7,300 kilometer. Sebagai projek pertahanan ketenteraan, Tembok Besar dibina menurut tinggi rendah lereng gunung dan melintasi padang pasir, padang rumput dan tanah paya. Tukang bina zaman purba China telah membina struktur yang berbeza-beza berdasarkan keadaan muka bumi yang berbeza dan telah memperlihatkan kepakaran dan kecerdikan mereka. Tembok Besar umumnya dibina di puncak gunung, di sebelahnya adalah lereng gunung terjal yang curam. Tentera musuh sukar untuk melancarkan serangan terhadap tentera yang bertahan di Tembok Besar. Tembok Besar dibina dengan batu dan batu bata panjang, tengahnya diisi dengan tanah atau ketulan batu. Tinggi Tembok Besar umumnya belasan meter dan lebar di atas Tembok Besar itu kira-kira 5 meter, 4 orang askar yang menunggang kuda dapat berjalan sejajar di atasnya, senjata dan bahan makanan dapat diangkut di atasnya. Askar boleh turun dan naik menerusi tangga dan pintu yang dibina di sebelah dalam. Banyak kubu pertahanan telah dibina di sepanjang Tembok Besar. Kubu pertahanan itu mempunyai banyak fungsi. Fungsi pertama ialah tempat askar berlindung semasa berperang. Mereka juga boleh berehat di kubu itu pada waktu aman disamping menjadi tempat menyimpan senjata dan bekalan bahan makanan, apabila musuh menyerang, tahi serigala dibakar di atas kubu pertahanan tersebut membentuk asap untuk menyampaikan isyarat bahaya dengan segera. ![]() Tembok Besar China yang termasyhur itu mengandungi semangat dan perasaan bangsa China dan kini telah menjadi lambang bangsa China. Pada tahun 1987, Tembok Besar China telah disenaraikan sebagai Warisan Dunia. |
0 komentar:
Posting Komentar